Pages

Tuesday 5 July 2011

BERSIH; NAJIB sedia bincang...


PUTRAJAYA 5 Julai — Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan Bersih 2 0 bagi membincangkan lokasi yang sesuai — sebuah stadium — bagi perhimpunan Sabtu ini tetapi menegaskan tawaran itu adalah bersyarat “Mereka mesti pergi dengan aman dan meninggalkan lokasi dengan aman “Jika ada kejadian yang tidak diingini penganjur akan dipertanggungjawabkan ” kata beliau gambar Najib bercakap pada sidang media di pejabatnya yang diadakan untuk menjawab perkembangan terbaru berkaitan dengan isu Himpunan Bersih Bagaimanapun Najib enggan menyatakan sama ada beliau ada menghadap Yang di-Pertuan Agong pagi ini meskipun wujud spekulasi sedemikian tetapi mengucapkan terima kasih kepada Seri Paduka Baginda atas campur tangan “Bila saya jumpa Agong adalah hak saya dan sebagai perdana menteri saya ketua penasihat kepada Agong ” katanya Najib berkata disebabkan campur tangan Agong kesemua tiga penganjur perhimpunan telah memutuskan untuk membatalkan perhimpunan jalanan mereka “Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada kesemua pihak yang memutuskan untuk akur dengan kehendak baginda dan dengan ini tidak akan ada demonstrasi jalanan pada 9 Julai ” katanya.

No comments:

Post a Comment