Pages

Friday 1 July 2011

ISLAM DAN SAINS


Pembentukan Awan Hujan - Keajaiban Ilmiah Al-Quran



Awan-awan kecil (kumulus) berarak menuju daerah pertemuan di berhampiran cakrawala, di mana kita boleh melihat sebuah awan cumulonimbus yang besar (Clouds and Storms, Ludlam, plate 7.4.)
(A) Awan-awan kecil yang terpisah-pisah. (B) Ketika awan-awan kecil ini bergabung bersama, dorongan ke atas pada bahagian tengah awan yang lebih besar semakin meningkat sehingga, awan ini tumbuh ke atas. Butiran air diberikan tanda bintik-bintik hitam. (The Atmosphere, Anthes and others, hal. 269.)
Awan cumulonimbus. Setelah ditumpuk ke atas, air hujan turun darinya. (Weather and Climate, Bodin, hal. 123.)
Para saintis telah mempelajari pelbagai jenis awan dan menyedari bahawa awan pembawa hujan terbentuk dengan sistem yang tertentu. Bentuknya pun tertentu dan berkaitan dengan jenis angin dan jenis awan.

Salah satu awan pembawa hujan adalah awam Cumulonimbus. Ahli cuaca telah mempelajari pembentukan jenis awan ini dan bagaimana ia menghasilkan hujan, ais, dan petir.

Mereka mendapati bahawa awan cumulonimbus melalui urutan berikut ini untuk menghasilkan hujan:

1. Awan didorong oleh angin: Awan cumulonimbus mula terbentuk ketika angin mendorong beberapa awan kecil (awan cumulus) ke daerah tempat berkumpulnya awan-awan ini.
2. Penyatuan: Kemudian awan-awan kecil ini bergabung, menyatu dan membentuk awan yang lebih besar.
3. Penumpukan: Ketika awan-awan kecil ini bersatu, dorongan ke atas pada bahagian dalam awan yang semakin besar ini meningkat. Dorongan ke atas pada bahagian tengah awan lebih kuat berbanding dengan pada bahagian pinggir. Alhasil tubuh awan ini tumbuh semakin besar secara menegak, sehingga seolah-olah awan ini ditumpuk-tumpuk. Pertumbuhan ke atas ini menjadikan tubuh awan mencapai daerah yang lebih dingin pada lapisan atmosfera atas. Di sanalah titisan-titisan air dan butiran es terbentuk dan mula tumbuh semakin besar. Ketika butiran air dan ais ini telah lebih besar dan berat berbanding dengan dorongan ke atas yang menyangga mereka, jatuhlah air dan ais ini sebagai gerimis, hujan ataupun hujan es.
Butiran pembentukan awan di dalam Al-Quran
Allah telah berfirman di dalam Al-Quran:

ألم تر أن الله يزجي سحابا ثم يؤلف بينه ثم يجعله ركاما فترى الودق يخرج من خلاله

Tidaklah kamu melihat bahawa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bahagian-bahagian) nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya ... [An-Nur (24): 43]

Para ahli cuaca mengetahui butiran pembentukan awan, strukturnya dan cara kerjanya setelah melalui berbagai macam penyelidikan, pemerhatian dengan menggunakan alat-alat canggih. Mereka baru boleh menceritakan proses tersebut dengan bantuan alat-alat moden seperti pesawat, satelit, komputer, belon udara dan peralatan lain. Mereka perlu mempelajari angin serta arah pergerakannya. Mereka perlu mengukur kelembapan udara dan variasinya serta menentukan jenis dan kepelbagaian tekanan udara.

Kelanjutan ayat di atas, setelah menyebutkan awan dan hujan, adalah membicarakan ais dan petir:

... dan Allah (juga) menurunkan (butiran-butiran) es dari langit, (iaitu) dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung, maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran) es itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan dipalingkan- nya dari siapa yang dikehendaki-Nya. Kilauan kilat awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan. [An-Nur (24): 43]

Para ahli cuaca telah mendapati bahawa awan cumulonimbus yang menghasilkan hujan ais ini boleh mencapai ketinggian hingga 7 hingga 9 kilometer. Dapat kita bayangkan bahawa awan ini memang ukurannya benar-benar seperti gunung sebagaimana yang disebutkan di dalam ayat Al-Quran di atas: "... dan Allah (juga) menurunkan (butiran-butiran) es dari langit, (iaitu) dari ( gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung ,...".

Proses terjadinya Kilat
Ayat di atas juga menyambung awan, ais dan terjadinya petir atau kilat. Apakah es merupakan faktor penentu pembentukan kilat?

Mari kita kaji sebuah buku berjudul: Meteorology Today. Di sana diterangkan bahawa sebuah awan akan menjadi bermuatan elektrik ketika bongkahan es jatuh melalui daerah di dalam awan yang mengandungi kristal ais dan titis air super-sejuk. Ketika tetes-tetes air ini bertumbukan dengan bongkahan es, mereka langsung membeku dan melepaskan panas. Panas ini menjadikan permukaan bongkahan es lebih hangat dari kristal-kristal ais di sekelilingnya. Ketika bongkahan es bertumbukan dengan kristal ais, sebuah peristiwa penting terjadi: elektron mengalir dari benda yang lebih sejuk ke benda yang lebih hangat. Karenanya, kini bongkahan es menjadi bermuatan negatif. Hal serupa juga terjadi saat titisan air super-sejuk bertumbukan dengan bongkahan ais dan melontarkan butiran-butiran halus es bermuatan positif. Zarah-zarah yang lebih ringan dan bercas positif ini kemudian terangkat ke bahagian atas awan. Sementara itu, bongkahan ais yang kini bermuatan negatif jatuh turun dan berkumpul di bahagian bawah awan. Kerana itulah kini terjadi perbezaan muatan elektrik antara bahagian atas dan bawah awan. Muatan negatif ini kemudian dilepaskan dalam bentuk kilat atau petir.

Demikianlah, Allah telah menerangkan satu fakta saintifik yang baru terungkap oleh ilmu pengetahuan moden. Sebuah keajaiban saintifik yang tidak mungkin diketahui butiran oleh orang-orang di zaman diturunkannya Al-Quran.

Allahu Akbar!

Komentar
Share
Login
Comments
There are no comments posted yet. Be the first one!
Post a new comment

Comment as a Guest, or login:
Login to IntenseDebate
Login to WordPress.com
Login to Twitter
facebook
Login to OpenID
Name Email Website (optional)

Submit Comment
Subscribe to

No comments:

Post a Comment