Pages

Sunday 3 July 2011

Haram Bersih: Hishammuddin salah guna kuasa


KUALA LUMPUR, 3 Julai: Pengharaman himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini oleh Menteri Dalam Negeri iaitu Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendapat kutukan keras daripada peguam Hak Asasi Manusia.
Menurut salah seorang daripada peguam Hak Asasi Manusia, N Surendran dalam kenyataan medianya mempersoalkan bagaimana sebuah pergerakan perhimpunan aman dengan matlamat demokrasi yang murni untuk menuntut pilihan raya yang adil boleh  menjadi ancaman kepada keselamatan negara.
"Kami mengutuk keras tindakan Menteri Dalam Negeri yang mengisytiharkan Bersih sebagai pertubuhan haram di bawah seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966," Katanya lagi.
Beliau yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat mendakwa arahan yang dibuat Hishammuddin adalah tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan Seksyen 5 Akta Pertubuhan adalah bercanggah dengan Artikel 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan berpersatuan untuk rakyat.
N Surendran percaya Hishammuddin turut menyalahgunakan kuasanya di dalam mengeluarkan perintah tersebut memandangkan tindakan tersebut bermotifkan politik dan berhasrat mengekang kritikan terhadap Kerajaan Barisan Nasional.
Justeru itu, beliau menggesa perintah tersebut dibatalkan dan semua yang ditahan berkaitan dengan Bersih dibebaskan serta-merta.

No comments:

Post a Comment