Pages

Monday 20 June 2011

Rock Kapak – oleh Mazir Ibrahim

Rock kapak ialah istilah berkaitan genre rock yang digunakan di Malaysia. Ia merujuk kepada muzik yang dibawakan oleh kumpulan-kumpulan rock yang wujud di Malaysia pada penghujung 1980-an sehingga kini. Istilah ini biasanya diberikan kepada mereka yang membawakan lagu dalam bahasa Melayu” – Wikipedia

Mat Rock : Tak kerja ke hari ni?
Aku : Kerja, baru balik. Ni lepak minum kejap.
Mat Rock : Abang kerja apa?
Aku : Kerja tulis-tulis. Kau kerja apa?
Mat Rock : Saya kerja kilang, dekat Shah Alam, Seksyen 25. Kerja apa tulis-tulis tu? Tulis dekat majalah ke?
Aku : Taklah, aku tulis untuk website.
Mat Rock : Tulis pasal apa tu bang? Blog ke?
Aku : Bukan, tulis artikel. Untuk blog ada untuk website orang pun ada. Aku tulis tentang budaya, muzik. Kau kerja kilang apa? Jadi apa?
Mat Rock : Oo. Tulis tentang muzik? Ceritalah sikit, wa pun nak tau. Wa kerja kilang elektronik, jadi line leader.
(Nadanya berubah setelah tahu aku menulis tentang muzik. Mungkin dia merasakan selesa dengan aku. Mungkin juga dia rasa ‘dekat’)
Aku : Baguslah kerja tu. Aku tulis macam-macam pasal muzik, pasal lagu, pasal band, pasal penyanyi, macama-macamlah. Dah lama?
Mat Rock : Ui, best tu. Wa pun main muzik, layan muzik ni. Sejak 1994.
Aku : Kau seronok ke kerja situ?
(Dia tak mengendahkan soalan aku)
Mat Rock : Lu layan muzik apa?
Aku : Apa-apa pun layan jugak.
Mat Rock : Wa layan muzik Rock, tapi sekarang dah tak banyak lagu baru. Layan lagu-lagu lama la. Grup sekarang dah tak best macam dulu. Budak-budak sekarang poyo lebih. Tak rock dah.
Aku : Kenapa sekarang tak best?
Mat Rock : tak best la, budak-budak baru ni main muzik tak ada root. Janji ada band, dia orang dok melompat-lompat macam beruk. Dulu lain bro, battle of the band banyak. Yang sekarang gig dia orang tak best. Buat dalam dewan, hard rock..macam pondan
Aku : Dulu lain, sekarang lain la kan. Takkan nak sama je.
Mat Rock : Memang la lain. Tapi tak best. Poyo.
Aku : Kau layan Rock apa?
Mat Rock : Rock 80s.
Aku : Rock Kapak?
Mat Rock : Rock Malaya.
Aku : Rock Malaya tu rock apa?
Mat Rock : Sama la tu. Haha.
Aku : Apa yang best sangat rock kapak tu? Orang kata lagu leleh-leleh, jiwang-jiwang.
Mat Rock : Haha.. apa la lu. Lu dengar lagu buat apa nak sakit kepala. Layan je la, leleh-leleh tu awek suka, senang kita nak ayat dia orang. Lagi pun, bukan la leleh sangat. Tapi lagu tu memang sedap. Senang nak hafal, kod pun lebih kurang sama je, senang nak jamming. Ni lu buat kod pelik-pelik, siapa nak main bro. Lepas tu main macam..
Aku : Tak ada la, maksud aku apa yang kau suka sangat pada rock kapak?
Mat Rock : Sebab sedap. Ada melodi, kena dengan…kira macam real la cerita dalam lagu tu. Tu yang tangkap sayu. Kalau ayat awek dengan lirik rock kapak, mau tangkap cintan beb. Lagi pun, geng rock kapak ni ada perjuangan beb. Wa paling suka grup Ukay, lagu sedap beb. Kalau lu pegi karaoke, ada banyak, senang nak nyanyi..layan.
Aku : O, ok lah. Grup mana lagi kau suka?
Mat Rock : Banyak beb, Dinamik, BPR, Mega, Gamma, Ekamatra, Bloodshed, Fotograf, Damasutra..ada..
Aku : Ha, Damasutra. Haha.. dah lama aku tak dengar nama tu.
Mat Rock : Ha, grup tu gitaris dengan basis dia budak kampung gua dulu. Masih maintain lagi macam dulu. Tapi dia orang tak banyak show dah sekarang. Fun Fair dah tak banyak.
Aku : Ha..fun fair…pun dah lama aku tak dengar nama tu.
Mat Rock : Hahaha..betul-betul.
Aku : Best kan cerita rock kapak zaman-zaman dulu.
Mat Rock : Yelah. Dulu boleh kata tiap-tiap minggu ada funfair. Port pun banyak bole lepas. Main kat kenduri kahwin pun banyak. Wa dulu main jugak, budak-budak Damasutra dulu main sekali la dengan gua. Tapi gua tak follow habis. Wa masuk kilang terus tak ada masa nak jamm lagi.
Aku : Kenapa tak terus main?
Mat Rock : Malas la. Baik wa buat duit tiap-tiap bulan. Wa support dia orang beli kaset dah la.
Aku : Habis, grup yang banyak-banyak tu buat apa sekarang? Tak ada dengar album baru pun.
Mat Rock : Macam-macam. Ada yang jadi driver teksi, bawak bas sekolah. Haha.
Aku : Siapa?
(Jawapan Mat Rock terpaksa aku padamkan di sini)
Mat Rock : Tapi semangat dia orang masih kuat. Sayang la sekarang rock dah jauh lari dari asal. Lagu-lagu sekarang macam tak kena dengan muzik. Muzik pun dah campur-campur, tak ori dah.
Aku : Citarasa kan berubah-ubah.
Mat Rock : Memang la, tapi ni soal perjuangan. Rock Kapak tu dah jadi rock Melayu lu tau. Kalau lu dengar rock 80s Mat Salleh dengan rock 80s kita, tak sama kan? Sebab apa?
Aku : Entah
Mat Rock : Sebab rock kita dah ada identiti Melayu. Kalau lu dengar betul-betul..ha..yang lu kata lentok leleh tadi tu, identiti kita la tu.
Aku : Identiti tu apa dia?
Mat Rock : Lu ni, wa tak belajar tinggi, wa susah nak cakap. Tapi dia macam style la. Tak kan lu tak tau style beb.
Aku : O, tau-tau. Tapi sekarang pun ada style apa.
Mat Rock : Yela, style poyo.
Aku : Kau ada simpan album-album rock kapak tu?
Mat Rock : Ada..ada.. Harta gua paling berharga. Haha.
Aku : Kaset ke CD?
Mat Rock : Kaset ada CD ada. Ori semua.
Mat Rock : Eh, tadi lu cakap lu tulis pasal muzik, ni lu tanya-tanya ni kenapa? Macam nak interview pulak
Aku : Tak adalah, saja tanya. Aku pun minat juga…
Mat Rock berlalu setelah makanan yang dibungkusnya sudah siap. Hingga habis kami berbual, aku lupa bertanya nama dia. Lelaki ini antara beberapa peminat Rock Kapak yang masih meminati muzik jenis itu. Tidak hairanlah mengapa Rock Kapak begitu fenomena di zamannya.
Muzik jenis ini, walau pun ada yang mengatakan ia kurang berkualiti dalam aspek estetiknya, pakej muzik ini menepati kehendak pasaran. Ia mampu ‘membeli’ jiwa pendengar, sasarannya tepat iaitu kepada pendengar marhaen muda berbangsa Melayu. Dan walau apa kata pengkritik, muzik itu adalah di luar jangkauan penguasa dan pemerintah. Itu erti kebebasan. – Roketkini.com
PrintFriendly
Share

Monday 13 June 2011

Punk dan budaya hentam istilah – oleh Amaluddin Zhafir

13 JUN – Ada sesuatu yang seakan tertinggal ketika program bedah buku anjuran Roketkini di ibu kota petang Sabtu lalu, iaitu soal golongan muda di Malaysia yang menjerumus kepada persoalan intelek terutamanya golongan yang menganggap diri mereka sebagai proletar.
Dengan sistem pelajaran yang membosankan, golongan muda akan sentiasa mencari jalan lain untuk memuaskan gelojak serakah mereka. Antaranya mereka memilih rempit, clubbing, street dance, dan ada juga yang menjurus kepada muzik punk. Punk sebagai eskapisme.
Kepada yang mendampingi muzik punk, di mana punk itu kelihatan cool, maka akan tersemai sedikit pengetahuan tentang sesuatu yang tak diajar di sekolah, melalui fanzine yang kerap dihasilkan. Ada beberapa kalangan punkers yang kuat idealisme mereka, menghasilkan zine dan menulis idea-idea dan pandangan tentang politik.
Diakui ada idealisme kuat di kalangan mereka, di mana penyaluran idea-idea termasuklah idea seputar permasalahan politik dimuatkan di dalam zine-zine, misalnya. Setidaknya, ini yang terjadi sekitar tahun 90-an.
Namun, seperti medium eskapisme lainnnya, ianya bersifat sementara. Idealisme ditendang jauh oleh ‘pengikut-pengikut’ punk yang hanya mahukan keseronokan harfiah semata-mata, tanpa mempedulikan apa-apa yang terjadi di sekeliling mereka. Punk seakan cuma berkisar kasut but, jaket kulit, dan koleks-koleksi CD yang tersususun di rak.
Lebih malang, zine-zine yang sebelum ini mula menjadi benih percambahan idea daripada golongan muda, turut terbantut perkembangannya. Hidup segan mati tak mahu. Kalau pun ada, hanyalah sekadarzine-zine yang berkisar kepada muzik semata-mata, tanpa ada perbincangan serius samada perdebatan isu-isu sosial, mahu pun politik semasa.
Berbalik kepada zine punk yang telah membuka wacana politik kepada golongan muda yang mati akal dengan sistem pendidikan, ia sekurang-kurangnya membuka ruang baru kepada golongan ini untuk memahami dan berdebat agar tradisi intelektual hidup semula, walau pun dalam ruang lingkup yang amat kecil
Malangnya, kebelakangan ini zine-zine seperti itu sangat terhad dan yang ada pun hanyalah sekadar ratusan zine yang berkisar kepada muzik semata-mata, tanpa ada perbincangan serius tentang politik.
Sehinggalah ianya kembali kepada budaya lama, makan suap dan berak, tanpa menggunakan ‘lidah’ untuk merasa dan menilai, tetapi menelan secara membabi buta malah lebih teruk mereka telalu mengangkat penulis-penulis zine itu seolah seperti amalan agama dan budaya yang tak boleh dipersoal, apatah lagi mahu mengkritik.
Jadi, tradisi intelek, yang seharusnya membuka peluang kepada golongan muda terpinggir ini, mati begitu sahaja.
Bedah tradisi?
Dalam program bedah buku Sabtu lalu, budayawan Eddin Khoo menolak mentah-mentah sikap golongan muda yang mengaku diri punk yang mahukan perubahan politik secara total.
Ini kerana baginya Malaysia jauh ketinggalan berbanding Indonesia, Mesir, Iran dan sebagainya dari segi tradisi intelektual orang muda. Baginya orang muda itu bererti mereka yang usianya remaja dan awal 20-an, dan bukan yang sudah ‘dewasa’ tapi berlagak muda.
“Kita pula masih terpegun dengan istilah-istilah yang kelihatan sedap didengar, Sampai tak tahu beza erti dan makna istilah,” tambahnya.
Menurut Eddin, beliau menolak apa yang didakwa sebagai pergerakan kaum proletar di Malaysia kerana tidak wujud fenomena itu; golongan seperti punkers atau anak-anak pinggiran tidak ada kena-mengena dengan gelaran proletar.
“Ini kerana proletarian mempunyai maksud yang luas. Ini mungkin golongan yang menganggap diri sebagai anarkis. Tapi anarkis jenis apa? Anarkis politik? Anarkis individu?” soalnya.
Beliau memberi contoh pergerakan hippies pada dekad 60-an lalu yang menganggap mereka ini bertanggungjawab mengubah dunia politik.
“Apa sebenarnya hippies ini? Sekarang selepas 40 tahun, ada antara mereka yang berada di dalam Wall Street (syarikat-syarikat korporat yang disenaraikan di pasaran saham di Amerika Syarikat).
“Sebenarnya saya sudah muak dengan mereka yang mengaku anak muda yang selalu menganggap diri mereka mempunyai hak untuk di dengar oleh masyarakat, meminta-minta kerajaan dan orang ramai memberi ruang kepada mereka,” katanya.
Tambahnya, pemberontakan terhebat dalam sejarah ialah dengan autodidact – mereka yang belajar sendiri, mencipta diri sendiri, dan mereka menyuarakan pandangan mereka kepada masyarakat. Beliau memberi contoh penyair Indonesia Chairil Anwar yang tidak pernah memohon apa-apa pada Sukarno untuk memberi ruang kepadanya.
“Saya tak faham golongan-golongan muda Malaysia ini. Mereka menganggap diri mereka sebagai pemberontak, tetapi sebenarnya masih berada dalam kepompong DEB (Dasar Ekonomi Baru) lagi. Ini lah budaya kita, sangat-sangat tak bersifat memberontak, cuma meminta,” katanya.
Bedah punk?
Beberapa bulan lalu saya dan sahabat-sahabat saya didatangi sekumpulan ‘anak muda’ yang fesyennya seakan ‘punk’. Mereka mahu berbincang untuk menghasilkan sebuah buku secara kolektif bersama kami, a la crimethinc.
Fahamlah saya kemudiannya mereka lebih kepada hanya mahu menterjemahkan tulisan-tulisan dari barat – satu usaha murni, saya fikir. Bagaimanapun, saya turut mempersoalkan kenapa tidak tulis sendiri idea yang ada, daripada menterjemah sahaja.
Saya masih tetap berpendapat perumusan idea luar untuk diterjemahkan bulat-bulat dalam konteks sesebuah masyarakat, di Malaysia misalnya, bukan idea terbaik.
Jawab mereka ialah kerana kekurangan kakitangan, masa, dan idea kerana mereka terdiri dari pelajar-pelajar universiti.
Tetapi apabila situasi ketika itu (waktu selepas tamatnya festival muzik anjuran kerajaan yang mana kugiran punk ini turut bermain) saya agak hairan.
Kenapa punk bermain di acara seperti ini? Adakah mereka sudah mengaplikasikan idea-idea baru untuk terlibat bersama ‘kerajaan’ dengan cara menyindir dan ‘buat kacau’ di majlis sebegitu supaya hadirin (yang terdiri dari pelbagai latar belakang) dapat melihat kepentingan mereka, sebagai punk? Atau mereka cuma hanya mahu berseronok?
Saya harap Henry Rollins datang ke Malaysia melawat mereka. Atau pun cukup dulu kalau dimulakan dengan merenung lirik Punk is Dead , lagu milik Crass. Bukan semalam lagu itu diltulis, bukan juga setahun lalu. Bagi Crass, punk itu sudah mati pada 1978.
Tapi punk apa yang mati? – Roketkini.com
PrintFriendly
Share

Sunday 12 June 2011

Nama-nama Mitologi Hantu dalam Tradisi Jawa (3)

Jakarta - Mitos hantu atau memedi atau istilah lain dedemit adalah bagian dari tradisi yang masih marak dalam masyarakat. Masyarakat Jawa baik di Tengah atau Timur ternyata masih kuat memegang mitologi ini.

Rasanya seperti kurang afdhal dan sulit untuk dihilangkan begitu saja tradisi hantu ini. Maka bagian ini adalah lanjutan dari pembahasan sebelumnya yang bertutur ragam mitos hantu yang dipercaya masyarakat Jawa.

Hanga Igi
Hanga Igi merupakan memedi menakutkan dalam bentuk raksasa dengan rambut panjang terurai. Walaupun bentuknya mengerikan, memedi ini bersifat baik dengan melindungi orang dari bahaya yang mengancam.

Jerangkong
Jerangkong merupakan memedi yang berwujud anjing hitam yang kurus dengan bulu putih menutupi kepalanya. Memedi ini tidak terlalu membahayakan tapi mengganggu manusia.

Karo Kamilis
Karo Kamilis adalah pembantu para pencuri atau pelanggar hukum. Biasanya mereka berwujud kerbau, namun sering juga berwujud seorang suami dari kalangan tertentu untuk menipu sang istri.

Kanun
Kanun adalah memedi udara yang menakutkan, berbentuk raksasa yang tinggal di udara dan tiap hari konon akan memakan 40 memedi lain. Memedi ini termasuk memedi yang tidak mengganggu manusia.

Keblek
Keblek merupakan memedi kecil di udara, berbentuk orang dengan tangan dan kaki kecil, namun dengan perut besar yang menggantung. Bila berada di udara, Keblek akan bergerak kesana kemari sambil mengeluarkan suara seolah-olah orang yang bertepuk tangan, oleh karena itu dinamakan Keblek.

Kemamang
Kemamang seperti Antu Laut, menampakkan diri sebagai bola api di rawa-rawa atau lapangan terbuka. Kehadirannya tentu mengagetkan dan membuat banyak pihak ketakutan.

Kunthianak
Memedi yang berwujud wanita cantik dengan rambut yang terurai sampai tanah. Kunthianak dikenal dengan ketawanya yang menakutkan. Secara umum, Kunthianak ditakuti oleh anak-anak dan ibu-ibu. Untuk melindungi dari kehadiran Kunthianak, seorang dukun bersalin konon akan membakar kemenyan untuk menempatkan pisau tajam di bawah kolong tempat tidur ibu yang sedang melahirkan. Hantu ini hampir sama dengan kuntilanak, meski beberapa kalangan ada yang menyebut sama dan ada juga yang menyebut berbeda.

Laha
Laha merupakan memedi berkepala burung pemangsa dengan kaki yang berjumlah empat. Ia juga akan muncul menakut-nakuti target yang diincar.

Lampor
Lampor merupakan memedi udara yang oleh orang Jawa digambarkan sebagai manusia bersayap, namun berkepala banteng. Lampor konon akan datang bersamaan dengan suara gluduk (halilintar) yang disertai cuaca buruk, berawan, dan banjir. Memedi ini biasa menumpuk awan-awan menjadi satu yang kemudian mencurahkan hujan besar yang mengakibatkan banjir.
Ketika Lampor datang, maka penduduk desa akan memukul beduk, kentongan, dan alat bunyi-bunyian lainnya untuk mengusirnya sehingga akhirnya Lampor akan pergi menjauh ke arah laut.

Majusi
Majusi berwujud sebagai sifat buruk manusia. Dia akan mausk dan diam di dalam tubuh seseorang yang sedang dicobanya. Akibatnya bagi orang sedang kerasukan tersebut akan menjadi mudah marah dan seterusnya dengan fenomena aneh.

Potok
Potok merupakan memedi yang secara khusus membawa penyakit terhadap binatang seperti sapi dan kerbau. Memedi ini diam di tempat lembab atu juga rawa-rawa.

Sawan dan Sarap
Dua jenis memedi ini merupakan memedi penggoda anak-anak kecil dan orang dewasa yang lemah. Keduanya tidak tampak dan tidak memiliki wujud khusus. Sawan merupakan penyebab penyakit kejang atau sawan pada anak-anak, dan muncul gejala jatuh pingsan pada orang-orang yang telah lanjut usia. Sementara sarap menampakkan diri pada anak-anak sehingga muncul bercak-bercak merah tebal yang disertai dengan perut kejang-kejang. Keduanya berbahaya, sehingga pada waktu-waktu tertentu orang Jawa konon membakar kemenyan sebagai sesaji bagi kedua hantu model ini.

Setan Usus
Setan Usus menampakkan diri sebagai kelompok usus yang tidak teratur dan pada saat dan waktu lain, dia menampakkan diri sebagai raksasa yang terluka dimana usus-ususnya terurai keluar. Konon usus-usus ini dapat membelit binatang yang dijumpainya.

Si Baung
Si Baung merupakan memedi hutan yang besar dalam wujud orang berkepala anjing. Bila berjumpa dengan manusia, maka Si Baung akan menggonggong dan menyebabkan orang yang dijumpainya akan langsung jatuh sakit.

Si Belis
Si Belis merupakan memedi yang berada di lapangan dan biasanya merasuk ke dalam tubuh seseorang setelah jam 6 sore (magrib) ketika seseorang tersebut melintasi lapangan. Orang Jawa percaya bahwa akibat perjumpaan dengan Si Belis ini, si korban akan mendadak merasa kesakitan disertai sakit kepala.

Si Gundul
Si Gundul disebut juga Setan Gundul (tuyul) yang biasanya berwujud seorang anak berumur sekitar empat atau lima tahun dengan kepala plontos dan bertelanjang dada. Memedi ini apabila diminta konon akan mendatangkan harta. Layaknya Nyai Blorong, Si Gundul pun dalam kata lain menjadi memedi yang dipuja oleh segelintir orang yang ingin mendapat harta dengan jalan pintas.

Si Sato
Memedi yang dipercaya mempunyai wujud sebagai binatang berkaki empat. Ia bisa saja masuk ke dalam tubuh ternak, kuda, dan binatang yang dipelihara di rumah yang menyebabkan perut binatang yang dirasuki akan menjadi kembung.

Wewe
Menurut orang Jawa, Wewe merupakan istri dari Genderuwo. Wewe digambarkan sebagai perempuan yang tua dan menakutkan dengan kulit keriput dan muka yang buruk. Selain itu, yang menjadi ciri-ciri khas memedi ini adalah buah dadanya yang menggantung hampir menyentuh tanah. Memedi ini mengincar anak-anak yang kemudian disembunyikan di bawah buah dadanya untuk selanjutnya akan dibawa ke tempat yang tersembunyi dan dijadikan korban.

Yah demikian seri mitologi hantu dalam tradisi Jawa. Seperti mitos-mitos yang ada di wilayah lainnya mulai dari Eropa dan Amerika dengan mitos Drakula dan Zombie, Mesir dengan Mumi, Cina dengan Vampir, Inggris dengan Werewolf (manusia serigala), mitos tentang roh-roh alam yang ada di kalangan masyarakat Jawa Tengah dan Jawa Timur di atas kiranya bisa dipahami bukan hanya dari segi kengeriannya, namun akan lebih bijak bila kita mencoba memahami latar belakang dari cerita-cerita mitos tersebut, termasuk apa pesan yang ingin disampaikan dari mitos-mitos tersebut?

Disadari atau tidak, proses memitoskan (mengeramatkan) sesuatu hal pasti memiliki tujuan tertentu yang apabila digali lebih jauh maka kemungkinan akan menemukan jawaban yang tersebunyi dan pesan yang ingin disampaikan. Jangan hanya langsung percaya tanpa ada daya kritis dan mencoba menelisik lebih dalam, seperti banyak orang awan lakukan terhadap beragam mitos yang beredar. Interpretasi terhadap  suatu mitos tertentu juga penting dilakukan. Sebab sebuah cerita mitos juga menunjukkan suatu sifat manusiawi yang umum; bagai mana manusia menyusun strategi dan mengatur hubungan dengan alam sekitarnya ini.
Jadi jangan hanya berhenti pada percaya dan takjub, tapi teruskan penelusuranmu, hingga menemukan pesan yang tersembunyi.
(imm/imm)
SHARE :  

Monday 6 June 2011




Hanya Melayu yang kurang bijak menyokong UMNO..

Friday, June 3, 2011KUALA LUMPUR: Orang Melayu, terutama golongan kelas pertengahan sudah bijak berfikir untuk menolak Umno yang sarat dengan rasuah dan politik kotor, kata Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abas.

Beliau mengulas pendedahan pusat kajian antarabangsa, Unit Kecemerlangan Penganalisis Ekonomi (EIU) yang melaporkan bahawa Umno semakin hilang sokongan daripada Melayu, khususnya Melayu pertengahan.

“Sekiranya laporan yang mendedahkan bahawa Umno semakin hilang sokongan Melayu terutamanya golongan pertengahan, saya rasa itu bukan satu perkara yang janggal, memandangkan rakyat sekarang berpengetahuan luas dan bijak berfikir,”


“Golongan pertengahan dan bandar khususnya, mempunyai pemikiran yang luas dan mendapat maklumat melalui pembacaan daripada media baru dari internet,”kata beliau ketika dihubungi.

Dalam pada itu, Kamarul berkata, kezaliman dan pengkhianatan yang dilakukan Umno terhadap kaum Melayu menyebabkan orang Melayu semakin hilang kepercayaan terhadap parti itu.

Ia disebabkan amalan rasuah, ketirisan dan pembaziran yang dilakukan pimpinan mereka dengan tujuan mengkayakan segelintir kroni, sedangkan rakyat pula hidup susah.

Contoh lain, katanya, Umno tergamak melesapkan sebanyak RM52 bilion saham bumiputera sejak ia diperkenalkan pada 1980 an bertujuan untuk meningkatkan martabat ekonomi di kalangan Melayu.

Sementara amalan politik kotor seperti penyebaran video fitnah dan lucah untuk menjatuhkan lawan, yang dianjurkan Umno menjadikan orang Melayu bertambah meluat.

“Mereka boleh melihat dengan jelas bagaimana Umno menganjurkan politik kotor yang tidak mencerminkan budaya orang Melayu sebab itu mereka sudah meluat dengan gelagat Umno,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Teluk Kemang.

“Paling mudah kita ambil contoh isu penyebaran video lucah yang sehingga kini, individu bertanggungjawab mengedar dan menayangkannya masih bebas. Tetapi penularan video lucah juga tetap tidak dikawal oleh kerajaan.

“Sebab ini juga orang Melayu mula berfikir bahawa kerajaan tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan mengarahkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, tetapi merosakkan lagi pemikiran rakyat dengan cerita lucah,” katanya.

Laporan terbaru EIU itu menyebut bahawa kehilangan sokongan di kalangan Melayu kelas pertengahan terhadap Umno, berpunca amalan rasuah dan politik kotor yang dilakukan parti pemerintah itu.

Menurut laporan itu lagi, kelompok ini dikatakan mendapat maklumat meluas dan pembacaan yang lebih terbuka dari media baru di internet.


http://www.keadilandaily.

Friday 3 June 2011

Patutlah Tariff Elektrik naik...

KUALA LUMPUR : Ketika kerajaan membebankan rakyat dengan kenaikan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus, gaji Ketua Pengarah Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) Che Khalib Mohamad Noh didedah sebanyak RM1.8 juta tahun lalu.

Mengulas perkara ini, bendahari KEADILAN, Wiliam Leong berkata, gaji sebanyak itu terlalu besar jika dibandingkan dengan beban dan penderitaan yang ditanggung rakyat Malaysia berikutan kenaikan tarif elektrik.

“Ini tidak selari dengan slogan rakyat didahulukan. TNB sepatutnya memotong kos untuk membayar gaji CEO nya sebelum memaksa rakyat menanggung kenaikan tarif elektrik yang akan menyebabkan kenaikan harga barangan,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Wangsa Maju.


Justeru itu katanya, kerajaan melalui khazanah nasional sepatutnya mengkaji semula bayaran gaji berkenaan.

“Memang perlu dikaji untuk tunjuk kepada rakyat, mengapa TNB tidak boleh berjimat dengan memotong gaji CEO nya terlebih dahulu sebelum meminta rakyat berjimat,” ujarnya.

Sebuah laman portal baru-baru ini mendedahkan gaji sekali ganda yang diterima Che Khalib, berbanding 2009.

Manakala jumlah gaji yang diterimanya untuk tahun kewangan berakhir 2007, ‘hanya’ dicatat sebanyak 1,107,280.00.

Seorang lagi pengarah eksekutif TNB Azwan Mohd, yang dilantik pada April 2010, menerima RM755,320.22, termasuk gaji pokok RM457,440.

Sementara gaji minima pekerja TNB pula hanyalah RM750.

Presiden Kesatuan Pegawai Rendah TNB Mohamad Roszeli Majid sebagai berkata TNB hanya menawarkan kenaikan gaji 7.5 peratus dalam rundingan pekerja-majikan yang sedang berlangsung.

Kesatuan meminta kenaikan antara 10 hingga 25 peratus tetapi ditolak oleh majikan. TNB memperolehi hasil RM34 juta termasuk RM4.1 juta keuntungan daripada operasinya.


http://www.keadilandaily.com/?p=14665

Projek 1 "Barang Naik" Malaysia!!!

Learn To Play Gary Moore - Still Got The Blues - Guitar Solo Slow With S...